Potensi Besar Pelabuhan di Malaysia Guna Automasi (Berita Harian)
BERITA HARIAN | 2 Mac 2020 | HAZWAN FAISAL MOHAMAD
—
Potensi Besar Pelabuhan di Malaysia Guna Automasi
UTSB kerjasama dengan ABB Group sebagai persediaan laksana proses
Pelabuhan di Malaysia wajar menimbangkan penggunaan proses automasi yang membolehkan operasi berjalan dengan lebih lancar.
Pengarah Urusan Usaha Teknikal Sdn Bhd (UTSB), Syed Sadiq Obaidi Albar, berkata ada potensi besar untuk pelabuhan di Malaysia menggunakan automasi yang kini dimanfaatkan beberapa pelabuhan negara serantau, termasuk Indonesia dan Filipina.
Katanya, walaupun berpandangan automasi masih terlalu awal untuk dilaksanakan di negara ini, beliau menjangkakan pelubuhan domestik bersedia mengadaptasi teknologi berkenaan dalam temppoh dua hingga tiga tahun akan datang.
“Banyak kelebihan dan manfaat automasi kepada industri pelabuhan. Antaranya, tugas dapat dilakukan dengan lebih cekap, mengurangkan kadar kemalangan serta lebih menjimatkan kos. Kami sudah bekerjasama dengan ABB Group, syarikat yang mempunyai kepakaran dalam teknologi automasi, sebagai persediaan untuk mendepani pelaksanaan automasi di pelabuhan di Malaysia pada masa akan datang,” katanya pada temu bual bersama BH, baru-baru ini.
UTSB adalah penyedia perkhidmatan kejuruteraan khusus untuk pelabuhan.
Syarikat yang ditubuhkan pada 2007 itu terbabit dalam empat bidang utama membabitkan pelabhuan di Malysia iaitu pajakan peralatan, operasi dan penyelenggaraan, naik taraf dan baik pulih kren serta automasi.
Julai lalu, ia memenangi kontrak bernilai tinggi pertama daripada Johot Port, yang dijangka memacu pertumbuhan pendapatannya.
Syed Syadiq berkata, kontrak bertempoh setahun bernilai RM22 juta itu akan membolehkan pendapatan syarikat positif untuk tahun ini.
“Projek ini sedang giat disiapkan dan dijalankan mengikut jadual yang sudah ditetapkan. Kami yakin mampu untuk menyerakannya kepada pelanggan mengikut tempo yang diberikan, iaitu pada Julai ini,” katanya.